Saturday 26 October 2013

AWAS! Jangan Mudah Percaya Iklan Di Internet!





YANG SEBENARNYA?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

V


P/S : Pandai betul cari angle nak tembak gambar. Hihihi.

Thursday 24 October 2013

Bodybuilder wanita tumbuh penis akibat steroid




'Steroids turned me into a man!': The female bodybuilder whose drug habit left her with male 'bits' and facial hair

- Candice Armstrong, 28, has a man's body because of her steroid abuse
- She says she won't stop taking the drug and thinks it has improved her life
- Side effects include body hair, acne, and a tiny penis instead of a clitoris

Gambar lama dan sekarang



Akibat steroid berlebihan, Candice kini mempunyai misai, tumbuh jerawat serta mempunyai penis sebesar 1 inci.



FBI letak jawatan sebagai penyampai radio Hot FM




SHAH ALAM - Mohd Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI, hari ini mengesahkan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Hot FM.

Perkara ini disahkan di laman mikro Facebooknya.

"Salam semua, terima kasih kepada yang bertanya, maaf saya tidak boleh jawab secara mendalam.

"Cuma ada yang salah faham yang mengatakan saya letak jawatan 24 jam. Saya kata notis berkuatkasa hari ini 24 Oktober, bukan 24 jam. Apapun, semuanya benar dan bukan status hangit seperti anggapan sesetengah anda. Terima kasih," memetik katanya di Facebook.

Sementera itu menurut laporan portal hiburan Gua.com, ekoran tindakan FBI yang mengatakan bahawa beliau telah meletak jawatan, ramai yang tertanya apakah benar dia telah berhenti dari Hot FM?

Menurut laporan tersebut juga, ekoran daripada perkhabaran tersebut pihak  pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad telah menghantar satu kenyataan rasmi berhubung perkara ini dan mengesahkan tentang peletakan jawatan FBI.

Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan:-

"Pihak pengurusan Rangkaian Radio Media Prima Berhad hari ini mengumumkan bahawa Mohd Faizal Bin Ismail (FBI) akan menamatkan kontraknya bersama stesen radio itu pada 16 November 2013.

Beliau yang lebih dikenali sebagai FBI, berhasrat untuk memberikan sepenuh fokusnya terhadap perniagaan beliau yang baru sahaja bermula. Bagaimanapun, FBI akan meneruskan perkhidmatan beliau bersama Hot FM sehingga pertengahan November 2013.

FBI, sepanjang berkhidmat di bawah stesen radio Hot FM merupakan seorang yang sangat komited dengan tugas sebagai seorang penyampai radio. Beliau yang juga penerima Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama 6 tahun berturut-turut sentiasa bersedia dengan idea-idea luar kotak setiap kali diperlukan.

Begitupun, Hot FM akan terus berkolaborasi bersama FBI untuk projek akan datang memandangkan FBI masih relevan dengan pasaran stesen radio tersebut. FBI juga bakal menyumbangkan khidmatnya sebagai penyampai radio sambilan di Hot FM selesai tamat kontraknya nanti.

Hot FM ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada FBI sepanjang penglibatan beliau bersama Hot FM malah pihak pengurusan radio tersebut juga akan terus menyokong karier dan masa hadapan beliau pada masa akan datang."


10 Gambar Anjali Kuch Kuch Hota Hai Yang Sekarang


Filem Hindi Kuch Kuch Hota Hai yang keluar pada tahun 1998 adalah antara filem hindi yang dianggap klasik. Di dalam filem ini ada watakAnjali yang dilakonkan oleh Sana Saeed. Sana yang dilahirkan di Leeds England kini sudah berusia 25 tahun (tua setahun dari aku). Yeah does that make you feel old? Mari lihat rupa beliau sekarang. 


Lelaki Bawa 7 Karung Guni Syiling Beli Kereta





Dimana ada kemahuan disitu ada jalan , sepertinya inilah pepatah yang tepat untuk seorang lelaki di China bernama Wang ini . Demi mendapatkan kereta yang diidam - idamkan Wang rela bersusah payah mengumpul syiling hasil dari perniagaannya . Dan setelah duit syilingnya sudah mencukupi, ia kemudian datang ke kedai kereta untuk membeli kereta yang ia sukai.

Wang membawa duit syiling bernilai 60,000 Yuan dari hasil jerih payahnya berniaga kedai roti dan mie , duit syiling tersebut dibawanya menggunakan 7 karung tepung dengan meminjam sebuah van. 7 karung syiling ini bahkan mencecah berat 300kg !

Pihak peniaga terkejut dengan cara pembayaran ini, mereka mengaku sukar untuk mencari bank yang bersedia mengira duit-duit syiling milik Wang tersebut . Beruntung, ada satu bank yang bersedia menerima walaupun hanya bersedia untuk mengira 15,000 Yuan dari jumlah 60,000 yang dibawa oleh Wang. Menurut Wang , demi membeli kereta rata- rata ia boleh mengumpul 10 ribu syiling Yuan dalam sebulan .








P/S : Menabung dari kecik agaknya.

Monday 21 October 2013

Inilah Penyampai Radio FM paling comel di Malaysia



Inilah Penyampai Radio FM paling comel di Malaysia. Inilah Penyampai Radio FM paling comel di Malaysia yang dikenali sebagai Feeya atau nama penuhnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, berumur 22 tahun, belum berkahwin dan berasal dari Pasir Gudang, Johor.






Feeya yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik, memiliki Diploma Pengurusan Seni dari UiTM. Kini, Feeya merupakan salah seorang Penyampai Radio FM Malaysia dan juga seorang pelakon drama Kasih Alia dan Jamilah I Love U.